tajuk dah gempak kan? mesti korang ingat aku gatal nak menikah dah kan. takde lah ni tajuk yang aku baca dalam majalah ANIS. tak percaya tengok dekat bawah.
nampak je tajuk terus aku bukak untuk baca, sebab macam excited sikit tengok tajuk tu.
dalam cepat cepatlah kahwinkan discuss pasal ibu bapa patut menjadikan soal keberkatan sebagai keutamaan. ibu bapa perlulah mempercepatkan jodoh anak anak.
Dalam satu hadis, Sayidina Ali memetik sabda Rasulullah mengenai tiga perkara yang tidak boleh dilengah-lengahkan iaitu solat apabila tiba masanya, mengebumikan jenazah dan mengahwinkan perempuan-perempuan apabila ada pasangan yang sekufu dengannya.
ibu bapa juga perlu memikirkan dan menyegerakan jodoh untuk anak anak atas sebab:
- mengamalkan sunnah
- menundukkan nafsu syahwat
- membantu anak merancang kehidupan
bagaimana ibu bapa dapat menyegerakan perkahwinan untuk anak-anak
- memaparkan indahnya perkahwinan
- mencarikan jodoh
- memotivasikan anak
- membantu anak
- memudahkan urusan perkahwinan
aku tertarik dengan satu ayat disscussion yang dilakukan mengenai tajuk ini.
ustaz kazim: orang melayu sering meletakkan adat lebih utama daripada hukum syariat. orang melayu lebih malu dengan apa orang kata daripada takut dengan apa yang Allah kata. Kita takut dengan hukuman dan cacian manusia daripada hukuman Allah. kita lebih rela melihat anak terjebak ke arah penzinaan dan berbuat maksiat daripada nikah gantung. Allah telah menjanjikan rezeki bagi orang yang mendirikan rumah tangga.
ok lah itu sahaja yang aku nak share kan dekat sini, kalau nak tahu lebih lanjut baca dalam majalah ANIS. kbai.
No comments:
Post a Comment